www.pmium4u.com

Misi PMIUM memperkasa ekonomi ummah

CENDERAMATA KENANG- KENANGAN

Posted by adminjk3 on July 3, 2009

CENDERAMATA KENANG- KENANGAN

Anda penganjur program atau hendak menghadiahkan  cendermata kepada

orang istimewa?

Sukar untuk menyediakan cenderamata?

Jangan bimbang , Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ada menyediakan

perkhidmatan kepada anda untuk menempah cenderamata. Pelbagai jenis

cenderamata yang menarik boleh ditempah. Antara cenderamata yang kami

tawarkan adalah :-

  • Jam Kristal
  • Trofi Kristal
  • Pen
  • Lencana butang
  • Mug istimewa.
  • Tuala bersulam
  • Key chain

Dan banyak lagi….

Harga dan rekabentuk boleh dirunding. Apa  tunggu lagi..tempahlah segera.

Bersama- sama kita memartabatkan ekonomi umat Islam.

Jika anda berminat dan ingin menempah cenderamata dari kami, boleh

hubungi :

Asri 013-3136228

Suhaimah 013-6284077

Contoh gambar cenderamata yang kami tawarkan :-

trofi kristaljam kristal 2

jam kristal 1mug istimewa

tuala bersulampen spring

lencana butang

Advertisements

Posted in Servis PMIUM | Leave a Comment »

SYAAMIL AL- QUR’AN

Posted by adminjk3 on July 3, 2009

SYAAMIL AL- QUR’AN

Anda masih tercari- cari  naskhah Al- quran yang sesuai untuk dijadikan bacaan harian? Masih belum temui Al- quran yang dilengkapi makna utuk setiap perkataan. Kini anda mesti dapatkan SYAAMIL AL- QUR’AN.  Anda bukan sahaja dapat beribadat dengan membaca al- Quran malah memberi peluang kepada anda untuk belajar dan memahami bahasa Arab secara tidak langsung. Anda pasti  berpuas hati  dan tidak akan menyesal memilikinya.

muka hadapan Al-Quran Syamil

Antara ciri- ciri istimewa al- Quran ini :-

  • Didatangkan dengan makna bagi setiap perkataan dalam bahasa Indonesia.
  • Juga disertakan dengan rangkuman makna keseluruhan bagi setiap ayat di tepi muka surat.
  • Disertakan dengan sisipan al- ma’surat  wazifatul kubra yang mengandungi wirid- wirid amalan Rasulullah S.A.W.
  • Anda juga akan mendapat penanda buku yang inovatif bagi setiap pembelian.
  • Terdapat  juga hukum tajwid, tempat berhent bacaan dan lain-lain sebagai rujukan pembaca

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk  memiliki al- Quran ini. Kami menawarkan hanya RM 120 kepada anda untuk memiliki al-Quran ini.

Jika berminat sila hubung:

Fairus 012-7847902

Syamira 013-9652926

PENGEDAR DIPERLUKAN

Reka bentuk dan ciri-ciri SYAAMIL AL- QUR’AN.

ayat dan makna bagi setiap perkataangambaran surah al-fatihah

makna keseluruhan di tepi muka suratmakna setiap perkataan

penanda buku yang menariksisipan al- ma'thurat

Posted in Produk Edaran PMIUM | Leave a Comment »

Konsep Penggunaan Dalam Islam

Posted by adminjk3 on March 31, 2009

ISLAM AGAMA YANG SYUMUL

Islam adalah agama yang syumul iaitu meliputi semua aspek kehidupan. Jadi perbincangan dalam Islam tidak boleh lari dari membincangkan hal- hal berkaitan ibadah, akidah, siasah, ekonomi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa Islam itu tidak menolak aspek- aspek yang penting dalam kehidupan manusia.

Jika kita teliti dan melusuri cara hidup Islam kita akan dapati suatu aspek yang paling penting yang diperlukan pada masa kini iaitu hal- hal berkaitan dengan ekonomi. Ekonomi sangat penting kerana dengan kekuatan ekonomi barulah sesebuah negara itu akan diklasfikasikan sebagai negara yang kuat atau lemah. Namun kita sebagai umat Islam perlulah memperkuatkan ekonomi di negara kita sendiri terutamanya dengan memperkasakan Ekonomi Islam.

Ekonomi Islam bukan sekadar membincangkan cara bagaimana untuk membangunkan sesebuah negara iaitu dengan cara mengumpul material ( kebendaan ), bahkan ia juga turut membincangkan aspek- aspek yang bersifat spriritual iaitu perkara yang berkaitan dengan pengibadatan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ini kerana dalam Islam tidak melarang umatnya untuk mengumpulkan harta tetapi turut menjalankan transaksi berlandaskan hukum syarak supaya mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

PRINSIP PENGUNAAN DALAM ISLAM

Jadi dalam Ekonomi Islam ada membincangkan perkara berkaitan dengan kepenggunaan. Ini kerana sebagai muslim bukan semua benda dapat atau boleh kita gunakan. Sebagai contoh penggunaan yang bercanggah dengan syarak akan mendatangkan dosa kepada kita. Oleh itu penggunaan barang atau perkhidmatan tersebut adalah dilarang.  Jadi Islam telah menggariskan tiga prinsip penggunaan yang sepatutnya diaplikasikan oleh umatnya dalam kehidupan. Prinsip- prinsip tersebut adalah :-

1. Kepercayaan kepada hari kiamat. Jika seseorang muslim benar- benar memahami prinsip ini maka tidak akan wujud penipuan, penindasan dan diskriminasi dalam urusan perniagaan. Ini kerana seseorang muslim akan sentiasa berfikir mengenai ganjaran atau balasan yang akan mereka terima dari urusniaga yang mereka lakukan. Dari sini dapatlah dilihat bahawa Islam benar menitikberatkan hal- hal berkaitan amalan dan kelakuan umatnya.

2. Prinsip yang kedua adalah kejayaan iaitu dengan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Dalam Islam semua yang telah ditetapkan oleh Allah hendaklah dipatuhi. Jika tidak balasan dosa akan diterima yang menyebabkan seseorang tidak dianggap berjaya dalam kehidupannya. Oleh yang demikian semua sumber hendaklah digunakan sebaik- baiknya tanpa perlakunya penyelewengan atau pembaziran.

3. Prinsip yang terakhir adalah kekayaan iaitu harta yang kita miliki merupakan amanah dan ujian yang diberikan Allah kepada hambanya. Jadi dari sini kita dapat lihat bahawa Islam tidak melarang hambanya mencari atau mengumpulkan harta, tetapi hendaklah bijak dan menggunakannya berlandaskan hukum syarak.

Dalam al- Quran Allah telah menerangkan hal berkaitan dengan penggunaan dalam surah Al- Baqarah ayat 35 yang bermaksud :-

” Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai….dan janganlah kamu mendekati pohon ini,yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” ( al-Quran 2:35)

Konsep penggunaan dalam islam jelas digambarkan dalam al-quran menerusi ayat tersebut. Pada asasnya Allah menganugerahkan kita nikmat yang tidak terkira banyakya samaada kita sedar atau tidak akan adanya nikmat tersebut. Namun begitu, Allah telah menggariskan batasan untuk kita patuhi sebagai ujian buat kita di akhir ayat tersebut. Ape yang dibataskan tersebut pula boleh dirujuk dalam al-Quran, hadis dan juga qias. Banyak perbincangan ulamak untuk menentukan halal haram dalam kepenggunaan islam.

Dari keterangan di atas dapatlah kita fahami sedikit sebanyak berkaitan dengan prinsip penggunaan dalam Islam. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk cuba mengaplikasikan prinsip ini dalam kehidupan seharian kita.

p/s : nantikan keluaran yang akan datang.

Posted in Artikel Ekonomi PMIUM | Leave a Comment »

T Shirt Pro Mahasiswa Universiti Malaya

Posted by adminjk3 on July 3, 2008

Read the rest of this entry »

Posted in Promosi PMIUM | Tagged: , , , | 2 Comments »