www.pmium4u.com

Misi PMIUM memperkasa ekonomi ummah

CENDERAMATA KENANG- KENANGAN

Posted by adminjk3 on July 3, 2009

CENDERAMATA KENANG- KENANGAN

Anda penganjur program atau hendak menghadiahkan  cendermata kepada

orang istimewa?

Sukar untuk menyediakan cenderamata?

Jangan bimbang , Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ada menyediakan

perkhidmatan kepada anda untuk menempah cenderamata. Pelbagai jenis

cenderamata yang menarik boleh ditempah. Antara cenderamata yang kami

tawarkan adalah :-

  • Jam Kristal
  • Trofi Kristal
  • Pen
  • Lencana butang
  • Mug istimewa.
  • Tuala bersulam
  • Key chain

Dan banyak lagi….

Harga dan rekabentuk boleh dirunding. Apa  tunggu lagi..tempahlah segera.

Bersama- sama kita memartabatkan ekonomi umat Islam.

Jika anda berminat dan ingin menempah cenderamata dari kami, boleh

hubungi :

Asri 013-3136228

Suhaimah 013-6284077

Contoh gambar cenderamata yang kami tawarkan :-

trofi kristaljam kristal 2

jam kristal 1mug istimewa

tuala bersulampen spring

lencana butang

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

SYAAMIL AL- QUR’AN

Posted by adminjk3 on July 3, 2009

SYAAMIL AL- QUR’AN

Anda masih tercari- cari  naskhah Al- quran yang sesuai untuk dijadikan bacaan harian? Masih belum temui Al- quran yang dilengkapi makna utuk setiap perkataan. Kini anda mesti dapatkan SYAAMIL AL- QUR’AN.  Anda bukan sahaja dapat beribadat dengan membaca al- Quran malah memberi peluang kepada anda untuk belajar dan memahami bahasa Arab secara tidak langsung. Anda pasti  berpuas hati  dan tidak akan menyesal memilikinya.

muka hadapan Al-Quran Syamil

Antara ciri- ciri istimewa al- Quran ini :-

  • Didatangkan dengan makna bagi setiap perkataan dalam bahasa Indonesia.
  • Juga disertakan dengan rangkuman makna keseluruhan bagi setiap ayat di tepi muka surat.
  • Disertakan dengan sisipan al- ma’surat  wazifatul kubra yang mengandungi wirid- wirid amalan Rasulullah S.A.W.
  • Anda juga akan mendapat penanda buku yang inovatif bagi setiap pembelian.
  • Terdapat  juga hukum tajwid, tempat berhent bacaan dan lain-lain sebagai rujukan pembaca

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk  memiliki al- Quran ini. Kami menawarkan hanya RM 120 kepada anda untuk memiliki al-Quran ini.

Jika berminat sila hubung:

Fairus 012-7847902

Syamira 013-9652926

PENGEDAR DIPERLUKAN

Reka bentuk dan ciri-ciri SYAAMIL AL- QUR’AN.

ayat dan makna bagi setiap perkataangambaran surah al-fatihah

makna keseluruhan di tepi muka suratmakna setiap perkataan

penanda buku yang menariksisipan al- ma'thurat

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Konsep Penggunaan Dalam Islam

Posted by adminjk3 on March 31, 2009

ISLAM AGAMA YANG SYUMUL

Islam adalah agama yang syumul iaitu meliputi semua aspek kehidupan. Jadi perbincangan dalam Islam tidak boleh lari dari membincangkan hal- hal berkaitan ibadah, akidah, siasah, ekonomi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa Islam itu tidak menolak aspek- aspek yang penting dalam kehidupan manusia.

Jika kita teliti dan melusuri cara hidup Islam kita akan dapati suatu aspek yang paling penting yang diperlukan pada masa kini iaitu hal- hal berkaitan dengan ekonomi. Ekonomi sangat penting kerana dengan kekuatan ekonomi barulah sesebuah negara itu akan diklasfikasikan sebagai negara yang kuat atau lemah. Namun kita sebagai umat Islam perlulah memperkuatkan ekonomi di negara kita sendiri terutamanya dengan memperkasakan Ekonomi Islam.

Ekonomi Islam bukan sekadar membincangkan cara bagaimana untuk membangunkan sesebuah negara iaitu dengan cara mengumpul material ( kebendaan ), bahkan ia juga turut membincangkan aspek- aspek yang bersifat spriritual iaitu perkara yang berkaitan dengan pengibadatan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ini kerana dalam Islam tidak melarang umatnya untuk mengumpulkan harta tetapi turut menjalankan transaksi berlandaskan hukum syarak supaya mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

PRINSIP PENGUNAAN DALAM ISLAM

Jadi dalam Ekonomi Islam ada membincangkan perkara berkaitan dengan kepenggunaan. Ini kerana sebagai muslim bukan semua benda dapat atau boleh kita gunakan. Sebagai contoh penggunaan yang bercanggah dengan syarak akan mendatangkan dosa kepada kita. Oleh itu penggunaan barang atau perkhidmatan tersebut adalah dilarang.  Jadi Islam telah menggariskan tiga prinsip penggunaan yang sepatutnya diaplikasikan oleh umatnya dalam kehidupan. Prinsip- prinsip tersebut adalah :-

1. Kepercayaan kepada hari kiamat. Jika seseorang muslim benar- benar memahami prinsip ini maka tidak akan wujud penipuan, penindasan dan diskriminasi dalam urusan perniagaan. Ini kerana seseorang muslim akan sentiasa berfikir mengenai ganjaran atau balasan yang akan mereka terima dari urusniaga yang mereka lakukan. Dari sini dapatlah dilihat bahawa Islam benar menitikberatkan hal- hal berkaitan amalan dan kelakuan umatnya.

2. Prinsip yang kedua adalah kejayaan iaitu dengan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Dalam Islam semua yang telah ditetapkan oleh Allah hendaklah dipatuhi. Jika tidak balasan dosa akan diterima yang menyebabkan seseorang tidak dianggap berjaya dalam kehidupannya. Oleh yang demikian semua sumber hendaklah digunakan sebaik- baiknya tanpa perlakunya penyelewengan atau pembaziran.

3. Prinsip yang terakhir adalah kekayaan iaitu harta yang kita miliki merupakan amanah dan ujian yang diberikan Allah kepada hambanya. Jadi dari sini kita dapat lihat bahawa Islam tidak melarang hambanya mencari atau mengumpulkan harta, tetapi hendaklah bijak dan menggunakannya berlandaskan hukum syarak.

Dalam al- Quran Allah telah menerangkan hal berkaitan dengan penggunaan dalam surah Al- Baqarah ayat 35 yang bermaksud :-

” Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai….dan janganlah kamu mendekati pohon ini,yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” ( al-Quran 2:35)

Konsep penggunaan dalam islam jelas digambarkan dalam al-quran menerusi ayat tersebut. Pada asasnya Allah menganugerahkan kita nikmat yang tidak terkira banyakya samaada kita sedar atau tidak akan adanya nikmat tersebut. Namun begitu, Allah telah menggariskan batasan untuk kita patuhi sebagai ujian buat kita di akhir ayat tersebut. Ape yang dibataskan tersebut pula boleh dirujuk dalam al-Quran, hadis dan juga qias. Banyak perbincangan ulamak untuk menentukan halal haram dalam kepenggunaan islam.

Dari keterangan di atas dapatlah kita fahami sedikit sebanyak berkaitan dengan prinsip penggunaan dalam Islam. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk cuba mengaplikasikan prinsip ini dalam kehidupan seharian kita.

p/s : nantikan keluaran yang akan datang.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Model Terbaru Digital Al Quran & Hadis

Posted by adminjk3 on October 8, 2008

Al Quran, kitab suci teragung dan terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan hidup kepada umat manusia akhir zaman.

Mereka yang menjadikan Al Quran dan Sunah Rasulallah saw sebagai panduan dan amalan hidup, pasti selamat serta berjaya di dunia dan akhirat. Inilah wasiat Rasulallah saw dan janji Allah swt.

Nikmat syurga itu kekal abadi dan tak tergambar dengan kata-kata. Inilah kejayaan hidup yang hakiki. Azab neraka juga kekal abadi dan tak terperi sakitnya. Inilah juga kegagalan hidup yang hakiki.

Kehidupan akhirat tiada mula tiada akhirnya. Kekallah kita di dalam syurga atau neraka untuk selama-lamanya dengan kerahiman Allah swt.

Sesungguhnya nikmat syurga dan juga siksaan neraka tiada bandingannya di dunia ini. “Perumpamaan” nikmat dan siksaan (kesakitan/derita) di dunia ini dengan di akhirat seperti nisbah sebutir pasir dengan semua pasir-pasir yang ada di dunia ini (gurun/lautan/sungai). Malah lebih & lebih lagi. Hanya Allah swt maha mengetahui. Allah Maha Besar!

Justeru itu, marilah kita bersama-sama kembali kepada Al Quran dan Sunah Rasulallah saw agar kita menjadi insan yang benar-benar berjaya dan selamat di dunia dan akhirat.

Memperkenalkan gajet Digital Al Quran & Hadis bagi memudahkan kita mendengar, membaca dan menghafal ayat suci Al Quran dan himpunan hadis sahih di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Model QM7800

Fungsi & Ciri-ciri

  • Audio bacaan & paparan teks 30 juzuk Al Quran (114 surah)
  • Terjemahan dalam 25 bahasa termasuk bahasa Melayu
  • Mudah dan cepat dalam mencari Surah atau Ayat
  • Fungsi penanda buku
  • Himpunan 13 kitab Hadis
  • 4 kitab Tafsir Al Quran
  • Penunjuk waktu solat, arah kiblat dan azan lebih 5000 buah bandar seluruh dunia
  • Asmaul Al Husna dan Doa Khatamulquran
  • MP4; Boleh muat turun audio, video dan photo
  • Perakam suara
  • Kamera digital 2 mega pixel
  • Kelendar
  • Radio FM
  • Memori tambahan sehingga 1GB menggunakan kad SD/MMC
  • Pembesar suara bina dalam dan fon telinga kualiti tinggi
  • Jaminan Produk 1 tahun
  • Diluluskan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN:PQ/Q.1001/2.2/Q/173/2008)

Alat ini juga boleh dijadikan sumber rujukan bagi meyemak sebutan dan bacaan yang betul dan bertepatan dengan hukum tajwid.

Sesuai juga untuk pelajar Tahfiz dan juga sesiapa yang ingin menghafal surah-surah Al Quran.

Menjadi teman setia dan halua telinga tak kala di dalam kerunsingan. Al Quran penyembuh segala penyakit hati.

Mudah dibawa ke mana sahaja kerana ianya kecil dan kompak dengan saiz 102 x 66 x 13mm serta berat 100gm sahaja.

Sesuai dibawa bersama tak kala mengerjakan ibadah haji/umrah dan melancong.

Sampel Bacaan – (Sila muaturun dan buka dengan ‘Windows Media Player’)

Surah Al Fatihah
Surah Yassin
Surah Al Rahman

Harga seunit
Sem. M’sia RM390
Sabah/S’wak RM410


Untuk sebarang pertanyaan dan cara pembayaran, sila berhubung terus dengan pihak kami;

Halim Hakimi Hussein
0132229013/0132965619

Kami juga membuka peluang perniagaan kepada seiapa yang berminat untuk menjadi pengedar eksklusif.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Penapis Air RX – Diskaun RM80.00 (MyPMIUM)

Posted by adminjk3 on July 29, 2008

PMIUM melangkah sederap lagi apabila menawarkan produk edaran Penapis RX Water yang menjadi pilihan ramai.Kami sentiasa memikirkan bagaimana untuk membawa kesejahteraan kepada semua dengan keupayaan kami yang terbatas.

Menerima hakikat keadaan air paip di rumah-rumah kediaman khususnya di Lembah Kelang yang semakin tidak bersih dan berwarna, PMIUM menawarkan produk Penapis Air Aura RX Water untuk anda! Kelebihannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Layari laman web RX Water.

Tempah sekarang dengan menghubungi saudara Halim Hakimi di 013-2229013. Harga RM2380.00.Diskaun RM80 untuk pemegang kad PMIUM.

Posted in Produk Edaran PMIUM | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

T Shirt Pro Mahasiswa Universiti Malaya

Posted by adminjk3 on July 3, 2008

Posted in Promosi PMIUM | Tagged: , , , | 2 Comments »

Pandangan Depan dan Belakang Jaket Muslimin

Posted by adminjk3 on July 3, 2008

Posted in Produk PMIUM | Tagged: , , | 2 Comments »

Kad My PMIUM : Berita Baik Kepada Anda!

Posted by adminjk3 on July 1, 2008

Sebagai penghargaan buat ahli-ahli PMIUM dan bakal-bakal ahli PMIUM, kad My PMIUM diwujudkan dengan beberapa keistimewaan iaitu:

Read the rest of this entry »

Posted in Promosi PMIUM | Tagged: , | Leave a Comment »

Pandangan Depan dan Belakang Jaket Muslimah

Posted by adminjk3 on July 1, 2008

Posted in Produk PMIUM | Tagged: , , , | 7 Comments »

Qur’an Digital – Diskaun RM15.00 (My PMIUM)

Posted by adminjk3 on May 26, 2008

Posted in Produk Edaran PMIUM | Tagged: , , , , , | 4 Comments »